Isnin, 21 November 2016

Detox Sihat

Detox?


Apa itu detox?Memang tak pernah tahu sebelum ni.

Yang saya tahu air detox yang di buat sendiri.Tu pun dari rendaman lemon.

Bila dah terjebak nga Shaklee baru ler saya tahu rupanya Shaklee pun set detox yang boleh membantu kita dengan hanya mengambil Supplement tertentu bagi tujuan detox.So dah tak perlu lagi nak susahkan diri sediakan bancuhan air detox.Time ada masa boleh la buat.Kalau tak ada masa memang skiplah.

Mengapa perlu Detox?

Detox memang penting sebab ianya bertujuan untuk menyahkan segala toksin di dalam badan.

Kadang-kadang kita terasa sakit badab terasa penat,kita ambil supplement tapi keadaan langsung tak berubah.Sama jer.Mula la kita nak salahkan supplement padahal badan kita  yang banyak toksin yang boleh menyebabkan penyerapan yang tidak sempurna.Jadi Detox akan membantu untuk membuang toksin yang berlebihan yang gagal disingkirkan oleh organ yang sudah overwork dan penat.

Toksin meruapakan badan beracun yang boleh menjadi punca pelbagai penyakot kronik.

Antara kebaikan Set Detox Shaklee  yang tidak ada pada diet dan program kurus yang lain ialah :

-Membantu kita untuk buang toksin dan seterusnya menjadi lebih sihat bertenaga dan fokus.
-Menurunkan simpton dan risiko penyakit bahaya
-Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai detox selama 7 hari.
-Sesi detox yang pendek sahaja yang mengambil masa 7 hari sudah merasai perbezaan perubahan yang positif.
-Nafas lebib segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau
-Kulit lebih sihat dan berseri
-Yang paling best BERAT pasti TURUN!!

Antara set detox Shaklee adalah terdiri dari Vivix,Alfalfa,Detox Complex,Herbalex dan Peppermint Gingger Plus.



Setiap jenis supplement yang di cadangkan mempunyai fungsi yang berbeza untuk setiap anggota badan.

Dalam sihat menyebabkan berat badan akan menurun dan kulit yang kusam kembali berseri.

Bagi yang nak cuba detox set boleh wassap atau call yong 011-21307497

☎011-21307497

🚗:Ukay Perdana
     : Bukit Antarabangsa
     :Taman Permata
     :Melawati
     :Keramat
     : Setiawangsa

📮Seluruh Malaysia

Persediaan Awal Menghadapi Banjir

Ini kampung halaman yong..




Dekat sangat-sangat dengan pantai dan laut.

Musim tengkujuh memang merisaukan kami adik beradik.Kalau dulu masa kecil-kecil tengah-tengah malam ngauman ombak memang kedengaran.

Teringat kisah tahun lepas,beberapa hari terputus hubungan dengan mek & ayah disebabkan line telefon agak teruk dan kami gagal hubungi mereka.Hanya tunggu apa-apa perkabaran melalui wassap family jer.Call tak boleh nak cakap asyik out of coverage jer.3 hari mek ayah dan adik duduk dekat penempatan banjir.Kesian mereka sebab kelaparan.

Kali ni memang persediaan menghadapi banjir lebih teliti lagi sebab sekarang keadaan ayah agak uzur untuk menguruskan segala hal.

Insyallah saya akan bekalkan beberapa Vitamin untuk mereka.



ESP untuk menahan kelaparan sebab risau bekalan makanan terputus macam tahun lepas gara-gara kawasan sekeliling dinaikki air,jadi bekalan makanan gagal di hantar.Jadi ESP boleh kenyangkan mereka.


Nutriferon dan vit C tersangat penting untuk tingkatkan daya imunisasi badan.Biasa kalau dah terkena hujan demam dan selsema akan menyinggah.Dengan adanya nutriferon dan vit c ianya membantu meningkatkan daya tahan badan dan membantu mengelak dari sebarang penyakit berjangkit.


Peppermint Ginger juga penting time-time macam ni,sebab bila di hantar ke pusat pemindahan banjir apa yang merisaukan soal kebersihan makanan,masa ni la ramai yang terkena cirit birit.Jadi kita standby peppermint risau takut terkena cirit birit.

Lagi satu yang tak boleh ditinggalkan adalah Multipurpose cream herbalblend.Memang peneman setia.Bila dah musim hujan nyamuk memang banyak la..nak-nak kat kampung kawasan bendang pula..memang banyak la air bertakung.Jadi cream herbalblend jadi penyelamat dari gigitan nyamuk atau pun serangga berbisa.

Persediaan awal memang perlu dalam meghadapi banjir.Agak fobia dengan keadaan mak ayah yang terperangkap akibat banjir besae di Kelantan tahun lepas.

Mungkinkah tragedi yang sama akan berulang?Siapa tahu kan? So kita prepare apa yang patut dalam mengahadapi situasi banjir,selain menyediakan makanan yang secukupnya.Vitamin dan supplement juga penting bila tiba waktu sebegini.

Bagi yang nak sediakan kelengkapan awal semasa banjir buat mak ayah di kampung boleh wassap atau call yong 011-21307497, pengedar Shaklee Ukay perdana.

☎011-21307497
🚗COD:Ukay Perdana
             :Bukit Antarabangsa
             :Keramat
             :Setiawangsa
             :Taman Permata
             :Melawati
📮Pengeposan : Seluruh Malaysia

Jumaat, 18 November 2016

Lakaran 2016 Yang Penuh Senyuman


    


The Best MomentThe best moment 2016.

Alhamdulilah banyak sangat kenangan manis 2016.
Awal 2016 terpilih sebagai The Best 25 Reseller Aidijuma yang melayakkan saya untuk menjejakkan kaki ke Kota Paris.OMG!!OMG!! Macam bermimpi jer..tapi itu ialah reality atas hasil usaha sendiri.Perit jerih kami suami isteri telah terbukti bila kami memegang Top 8 dalam senarai 25 Reseller terbaik dunia.Tapi masa tu pregnantkan Qaisarah 36week Emirates tak lepas,so saya tak pergi.Alhamdulilah walau tak pergi tapi ada sagu hati untuk saya..sebiji LV.Kalau ikutkan dengan gaji sendiri mana la mampu kan?Merasa gak beg mahal..a big tq bagi si pemberi Datin Norjuma Habib.

4-May-2016,lahirlah seorang Mujahidah yang diberi nama Nurul Qaisarah Afifah.Kelahiran yang dinanti-nantikan buat kami sekelurga,Mama ,Baba,Kakak dan Abang.Jantina awak yang penuh tanda tanya oleh Kakak dan Abang Ngah. 4 kali scan semua Doktor bagitahu boy,tapi bila lahir tengok-tengok girl.Takpelah sayang janji kamu sihat.Planning masa melahirkan awak mama  nak suruh baba yang meneman sampai ke LB,tapi pada masa tu,walaupun baba ada bersama dekat Hospital,disebabkan lambat 5 minit kamu dah keluar dulu.So dari mengandungkan melahirkan kamu semua kejutan kamu bagi kat mama.




30-Sept 2016,Alhamdulilah..yang saya tunggu hampir 2 tahun akhirnya seorang anak Shaklee saya Noda Yahya telah rank up sebagai supervisor Shaklee dan saya adalah Sr.Sv.Dah lama saya bermimpi,saya nak lahirkan leader,akhirnya saya dapat lahirkan seorang leader hebat dalam group saya.
Suweet memory dalam hidup saya bila mana saya tak pernah dapat hadiah walau sekuntum bunga dari yang tersayang Sukiman Hamid tapi ada seorang insan isteimewa telah bagi saya sejambak bunga yang digubah sendiri dan di selit dengan hadiah dari Long Beach Flourida,katanya dah lama dia simpan untuk saya...Allahu rasa nak nangis pun adakan.Juga rasa amat-amat happy bila dapat hadiah dari super upline saya Master Hadha sempena ranking Up.






Lagi satu tak saya sangka saya tersenarai dalam carta top 3 Vivix Competition yang dianjurkan oleh Supermom Shaklee Story.Sekarang tengah bertarung untuk memenangi tiket percutian ke Disneyland Hong Kong.Saya memang berharap sangat agar saya memang dan itu adalah hadiah hari jadi saya pada Feb 2017 nanti.
Kawan-kawan sudilah kiranya korang belanja 1 like dan share video saya ni.

Kawan-kawan sudilah kiranya korang belanja 1 like dan share video saya ni.
https://youtu.be/u7dR6Vm_-cM

Nak order Shaklee?? boleh pm atau wassap yong 011-21307497,pengedar Shaklee Ukay Perdana.

☎Pm atau wassap 011-21307497
🚗COD :Ukay Perdana
              :Bukit Antarabangsa
              :Keramat /Setiawangsa
              :Melawati /Taman Permata
📮         : Pengeposan Seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Selasa, 15 November 2016

Halia Mampu Mengurangkan Loya Ibu Hamil





Secara tradisional halia merupakan salah satu alternatif yang digunakan di dalam pembuatan jamu-jamu tradisional.Halia muda juga dijadikan sebagai ulam semasa dalam tempoh berpantang.

Halia merupakan salah satu pelengkap di dalam masakan Tradisonal orang Melayu.Tak lengkap rasanya bila tiada halia dalam sesuatu maakan.Teradapat 10 kebaikan halia terhadap badan kita yang mungkin kita tidak pernah tahu.


1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.


Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebab TEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.


2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.


3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.


4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari


5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.


6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.




7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.




8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.


9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.



10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.



11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.




Yong amalkan Peppermint Ginnger Plus bagi masalah pedih ulu hati semasa dalam tempoh mengandungkan bayi ke 3.Masalah loya dan sakit kepala juga turut hilang.


Dalam tempoh berpantang sehingga sekarang Peppermint Gingger adalah teman pembantu yang dapat membantu menyelesaikan masalah kembung perut bayi.Alternatif terbaru bagi Yong bila time anak meragam sebab kembung ,ambil 5 biji Peppermint larutkan di dalam air suam dan minum.Impaknya anak akan terkentut-kentut dan masalah kembung akan hilang.

Bagi kaum lelaki yang ada masalah Pasang Surut,Peppermint juga dapat membantu.

Nak tahu lebih lanjut boleh pm atau wassap yong 011-21307497,pengedar Shaklee Ukay Perdana.

☎Pm atau wassap 011-21307497
🚗COD :Ukay Perdana
              :Bukit Antarabangsa
              :Keramat /Setiawangsa
              :Melawati /Taman Permata
📮         : Pengeposan Seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Isnin, 7 November 2016

MLM Menjadi Pilihan Di Saat Ekonomi Tengah Perit






Ini photo terbaru saya dan si sado.

Alhamdulilah buat masa sekarang setelah join bisness Shaklee kehidupan saya berubah sikit demi sedikit.

3 tahun lepas suami berhenti kerja dari makan gaji  untuk bekerja sendiri disebabkan oleh  anak yang sulung mula nak masuk sekolah.Pada masa yang sama anak yang ke 2 masa tu umur setahun lebih.Masa tu tahun 2015 dan ekonomi negara tidaklah seteruk sekarang.

Selepas suami berhenti kerja kalau tak silap selepas raya tahun 2014, kami memang tak ada punca pendapatan lain selain dari Shaklee.Habis duit simpanan digunakan di saat -saat getir dan dalam masa yang sama saya terfikir nak cari pendapatan yang boleh memberi peluang untuk suami buat bisnes sendiri.Menjadi Personal Shopper tudung adalah pilihan yang terbaik.Kebetulan memang sebelum ni saya sentiasa buat PS kecil-kecilan dengan hanya mengambil upah serendah RM2 sehingga RM10 bagi setiap tudung.

Perjalanan perniagan kami makin maju dengan adanya satu sistem yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan tudung dan kami dinobatkan sebagai "Premium Resseller" syarikat tersebut. Seronok memang seronok.Income masa tu pun memang best.Dengan tekad dan azam kami cuba masuk pasaran pasar malam dan Car booth sale di sekitar Kl/Selangor.

Kejayaan kami dengan Syarikat ini telah melayakkan kami untuk Ke Paris dan di taja sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.Disebabkan masa tu mengandungkan Qaisarah jadi saya terpaksa menolak pelawaan yang di tawarkan.Sebagai ganti dapat la sebuah beg LV.Nak beli memang tak mampulah.

Kegawatan ekonomi mula terasa.Setahun kami melakar kejayaan dengan usaha kami dan disebabkan ekonomi yang merundum menyebabkan pasaran pun turut merundum.Impaknya sangat besar pada sumber pendapatan kami.Terasa down pun ada.Kalau dulu kami terkenal dengan "Premium Reseller" sebuah syarikat tapi sekarang kami terpaksa masukan pelbagai produk jenama lain bagi tujuan menarik pelanggan.Agak sedih dengan keadaan ekonomi sekarang yang menyebabkan kuasa beli juga makin berkurangan.

Pendapatan mula tidak menentu dan perbelanjaan family mula di cut.Anak-anak yang dulu dihantar pengasuh terpaksa di jaga sendiri oleh babanya.Bayangkan macamana keadaan seorang ayah dapat handle 3 anak sekaligus di Pasar Malam.Sorang 6thn,3thn dan 6 bulan.Hati mana tak sayu kan.Seolah-olah susah sangat kehidupan.Tapi inilah realiti kehidupan di bandar besar KL.

September 2016 saya bangkit kembali dengan azam baru.Alhamdulillah Allah makbulkan.Saya up rank dengan Sr Supervisor.Allahuakbar,income saya yang pernah saya tinggalkan dulu telah kembali dekat dengan saya.Di saat-saat keperitan ekonomi Allah datangkannya pada saya.


Impian saya dengan Shaklee adalah nak jadi WAHM (Work At Home Mom)dengan harapan saya boleh menguruskan anak-anak sepenuh masa tanpa mengganggu suami.Dan azam saya suatu masa nanti agar suami saya juga akan jadi WAHD (Work At Home Dad) seperti mana beberapa Master dan sahabat positif saya yang berjaya melakukannya.

Shaklee merupakan satu pilihan MLM terbaik yang boleh menjamin income yang lumayan setiap bulan.Dalam kegawatan ekonomi sekarang orang akan cut cost untuk membeli barang-barang yang bukan keperluan penting tapi orang tidak akan berkira soal cost bila mereka dah sakit.Duit bukan segalanya.


Bagi yang mana nak menjana pendapatan atau yang ada masalah kesihatan boleh wassap atau call yong 011-21307497.

Pengedar Shaklee Ukay perdana /Bukit Antarabangsa.

Fb :Yong Hafieza
Page :Leesya Health & Beauty Boutique
COD :Ukay Perdana /Bukit Antarabangsa/Setiawangsa/Keramat/Melawati/Taman Permata

Ahad, 6 November 2016

Keselamatan Dan Kesihatan Si Comel Di Tempat Awam




Sudah menjadi kebiasaan bagi si ibu bapa bila setiap hujung minggu semestinya meluangkan masa bersama anak-anak tersayang di taman-taman permainan ataupun ke shopping mall atau mana-mana tempat yang menjadi kesukaan anak-anak.

Minggu ni Sabtu mama dan baba agak busy sikit,jadi Ahad la masa yang sesuai bawa anak-anak keluar jalan-jalan.

Hari ni kami sekeluarga menghadiri kenduri kawin dan petang lepas balik dari kenduri kawin terus bawa anak-anak ke Taman Titiwangsa.

Dah lama tak bawa anak-anak ke Taman Titiwangsa, tapi terpaksa ubah tempat memandangakan keadaan di sana agak crowded dengan lambakkan basikal yang disediakan khas untuk di sewa bagi tujuan riadah.Rasa kurang sesuai sangat sebab kalau sebelum ni kami si ibu bapa masih ada tempat untuk bersantai sambil tengok anak-anak bermain.Tapi sekarang kawasan dataran tasik titiwangsa  dah tak selamat lagi bagi anak-anak kecil.Kewujudan roller blade dan beberapa lagi aktiviti moden boleh menganggu anak-anak kecil untuk bermain di situ.

Kami ubah fikiran dan terus bawa anak-anak ke Taman Datuk Keramat.Dekat situ ramai si anak-anak kecil yang bebas bermain di taman permainan.Lansung tiada gangguan.Seronok tengok.Ibu bapa boleh lepaskan anak-anak dan memantau dari jauh.

       


Walaupun keadaan luaran agak selamat,ibu-ibu kena juga lebih berhati-hati dengan keadaan persekitaran di Taman Permainan terutamanya dengan penyakit berjangkit (HDMF /Demam Virus/Selsema) yang sedang berjangkit dan merebak melalui sentuhan ataupun air liur.Ibu-ibu elakkan anak-anak yang ada masalah seperti di atas.Seelok-eloknya anak-anak ini dikuarantin untuk mengelakkan dari wabak penyakit berjangkit terus menular.Penyakit berjangkit seperti HDMF boleh menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun.

Alhamdulilah anak-anak saya,dari usia 6 bulan saya bagi mereka amalkan Omega Guard dan Nutriferon bagi langkah awal berjaga-jaga bagi menigkatkan daya tahan badan mereka.

Kalau ada ibu-ibu yang ada masalah dengan anak-anak yang lemah antibodi badan saya amat mengesyorkan Omega Guard dan Nutriferon.
       
           


            


Untuk penerangan lebih lanjut pasal produk Shaklee anda boleh hubungi atau wassap yong 011-21307497 pengedar shaklee ukay perdana @ Bukit Antarabangsa dan kawasan sekitar.

☎Pm atau wassap 011-21307497
🚗COD :Ukay Perdana
              :Bukit Antarabangsa
              :Keramat /Setiawangsa
              :Melawati /Taman Permata
📮         : Pengeposan Seluruh Malaysia                   termasuk Sabah Sarawak

Istilah Dalam Buku Merah (Buku Pranatal) Yang Bakal Ibu Wajib Tahu

Istilah dalam Buku Merah

Assalamualaikum wbt.. Kali ini CM ambil semula post post lama dari blog blog lama. Huhu ~~~ Bila sebut tentang buku merah, kebanyakan wanita yang telah berkahwin akan mengetahuinya, walaupun hakikat sebenar, buku tersebut berwarna pink..>.< Jika buku tersebut berwarna kuning sekali pun, ia tetap dirujuk sebagai buku merah oleh misi misi di klinik/hospital kerajaan.

Topik CM simple je kali ini. CM cuma nak ajak ibu ibu kenal apa itu LMP, EDD, Gr, P A/N, P/N dan faktor risiko.

Pertama sekali, selepas mengisi butiran ibu serta pasangan, misi akan tanya, bila tarikh pertama bulan terakhir ibu datang period? Contohnya dua bulan yang lepas, bulan September pada 13hb. Jadi LMP ibu akan ditulis sebagai 13.09.2016. LMP ini membawa maksud Last Menstrual Period. Dengan tarikh LMP ini, kita akan dapat menjangka tarikh bersalin, atau dikenali sebagai EDD (Expected date of delivery). Namun sekiranya ibu tidak mengetahui tarikh LMP, jangan risau,Tarikh jangkaan bersali akan kita dapati bila scan dilakukan dan kita kenali sebagai REDD (revise ecpected date of delivery). Jadi ibu ibu, jangan rimas bila misi bertanya, bila kali terakhir ibu ibu period. (Hari pertama ya, bukan hari terakhir), dan jika belum berkahwin sekali pun, pastikan anda mengetahui tarikh tarikh period anda.

Bagaimana untuk mengira EDD? Ada dua cara :

1) tambah 7 hari tolak 3 pada bulan LMP

atau

2) tambah 7 hari tambah 9 bulan pada bulan LMP

Contoh :

13.09.2016                                                                13.09.2016

13 (+7) = 20                                                              13 (+7) = 20
    9(-3) = 6                                                                  9 (+9) = 18 (-12 (setahun ada 12 bulan) = 6

Jadi, EDD : 20.06.2017                                          Jadi EDD tetap : 20.06.2017

So, CM bagi beberapa contoh LMP untuk ibu ibu kira sendiri. Waahh.. Macam soalan matematik pulak.. Hahaha..

1) 01.03.2016        

2) 06.08.2016

3) 25.09.2016

4) 31.10.2016

Jawapan CM akan beri dalam komen. &gt;.&lt;

Gr dan P stand for  Gravida dan Para. Yang mana Gravida membawa maksud kekerapan mengandung. Maksudnya, berapa kali ibu ibu telah mengandung termasuklah kandungan luar rahim, atau kandungan yang mengalami keguguran atau yang digugurkan. Manakala Para membawa maksud kekerapan ibu ibu melahirkan, walaupun anak tersebut meninggal dalam perut (IUD) sekiranya cukup bulan akan dikira sebagai Para, atau anak meninggal setelah lahir, juga tetap dikira sebagai Para. Keguguran dikira apabila usia kandungan tidak melebihi 25/52 (sebut: 25 minggu) atau berat bayi kurang dari 500gm. Jika ibu ibu pernah mengalami keguguran, maka akan ditulis +(jumlah keguguran berlaku).

Sebagai contoh : Ibu mengandung 4kali, 2 kali melahirkan (seorang anak masih hidup, seorang lagi meninggal dalam perut dan cukup bulan), serta telah mengalami keguguran sekali. Kes ini akan ditulis sebagai G4P2+1. +1 akan kita highlightkan dengan pen merah, untuk menandakan bahawa ibu ini ada risiko untuk keguguran untuk kandungan yang seterusnya.

Sekiranya, ditulis sebagai G3P3 - ibu tersebut telah melahirkan one set of twin. Jadi jumlah anak yang dilahirkan oleh ibu adalah 3 orang, dan kandungan yang terkini adalah kandungan yang ketiga.

Seterusnya, Faktor Risiko. Disini pentingnya ibu ibu berlaku jujur dengan misi misi, kerana faktor risiko inilah yang akan menentukan bagaimana perawatan yang akan diberikan. Sekiranya ibu pertama kali mengandung, dan tiada sejarah perubatan atau pembedahan, faktor risiko adalah Primid dan tagging hijau. Kandungan kali pertama memerlukan perawatan yang berjaga jaga, kerana kita (misi)tidak mempunyai apa apa sejarah berkenaan dengan kandungan lepas. Namun, sekiranya kandungan tersebut bukan yang pertama, ibu ibu digalakkan membawa buku merah kandungan yang sebelumnya untuk kita mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Contohnya, ibu mengandung sebanyak 4 kali, kelahiran pertama czer, kelahiran kedua Vaccum, kandungan ketiga, keguguran dan ini adalah kandungan yang keempat. Dalam tempoh mengandung yang sebelumnya, ibu mengalami kencing manis semasa mengandung (diet control), dan jarak kelahiran yang terakhir dengan tempoh ibu mengandung kurang dari 2 tahun, maka faktor risiko ibu akan ditulis seperti berikut.

1) 1 prev scar (Poor Progress)
2) h/o vaccum assisted delivery
3) h/o abortion x1
4) h/o GDM on d/c
5) poor spacing (LCB

LCB stand for Last Child Birth. Dan kesemua faktor risiko ini ditulis dengan pen merah. Namun, sekiranya pada awal kehamilan tidak mempunyai masalah, namun dalam masa kehamilan ibu mengalami kencing manis semasa mengandung dan darah tinggi semasa mengandung yang memerlukan rawatan. Faktor risiko ibu akan ditulis :

1) GDM on d/c
2) PIH on rx


Sabtu, 5 November 2016

Apa Itu Sepsis

Apakah sepsis (jangkitan kuman dalam darah) ni? Macam mana pula dia boleh dapat masalah kesihatan ini? Risiko untuk mendapat jangkitan kuman dalam darah ni camner? Boleh dielakkan ke? Ini buat kita tertanya-tanya kan?

Sepsis
Sepsis ditakrifkan sebagai kehadhiran/kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain. Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh maju ke disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan kematian. Malah, sepsis adalah punca utama kematian yang ke-10 di seluruh dunia. Di hospital-hospital, Sepsis menyumbang 40% daripada jumlah kos ICU. Kos kesihatan hospital di seluruh dunia yang dikaitkan dengan sepsis adalah dianggarkan USD$16.7bilion.

Punca dan risiko
Sepsis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana di dalam badan. Tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:
  • Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
  • Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
  • Lapisan otak (meningitis)
  • Hati atau pundi hempedu
  • Paru-paru (pneumonia bakteria)
  • Kulit (cellulitis)
  • Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis). Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital, jangkitan biasa bermula dari talian intravena, luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus).
Simptom (Tanda-tanda)
Bila mendapat Sepsis tekanan darah menurun, seterusnya menyebabkan kejutan. Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat, berhenti berfungsi dengan betul.
Perubahan dalam status mental dan hyperventilation mungkin tanda-tanda awal sepsis.

Secara umum, simptom sepsis termasuklah:
  • Rasa sejuk
  • Kekeliruan atau kecelaruan
  • Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
  • Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
  • Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
  • Pening akibat tekanan darah rendah
  • Denyutan jantung yang cepat
  • Menggigil
  • Ruam kulit
  • Kulit hangat (warm)
Tanda-tanda dan ujian
Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotik.

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan termasuk:
  • Gas darah 
  • Ujian fungsi buah pinggang 
  • Kiraan platelet
  • Kiraan sel darah putih
  • Perbezaan darah (Blood differential)
  • Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)
Rawatan
Jika anda mempunyai sepsis, anda akan dimasukkan ke hospital, biasanya unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik  akan diberi melalui vena (intravena).

Oksigen, cecair yang diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru.

Bagi sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat yang dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu.

Jangkaan (prognosis)
Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.

Komplikasi
  • Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.)
  • Masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang)
  • Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah)
  • Kematian
Pencegahan
Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan. Ikuti prosedur mencuci tangan dengan berhati-hati dan penjagaan (care) peralatan perubatan dapat membantu mencegah jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang membawa kepada sepsis.


Produk Semulajadi Untuk Si Comel Dan Keluarga Anda

Peka Terhadap Pemakanan Dan Persekitaran Si Comel Dan Keluarga Dengan Produk Semulajadi

Sejak saya kenal Shaklee saya agak teperinci dalam pilihan pemakanan anak-anak mahupun penggunaan produk  dekat rumah.

Tambah-tambah bila ada sicomel yang sememangnya lincah bila dah pandai meniarap dan merangkak.Basic H nerupakan pilihan utama untuk mengemop lantai.

Memandangkan saya ibu yang bekerja so susu yanh di pump di simpan dalam botol dan disterilkan,jadi botol susu yang bersih dari chemical adalah penting bagi kesihatan usus anak-anak walaupun susu yang diminum tu susu ibu tapi tahap kebersihan botol amat penting.Untuk memastikan keadaan botol baby sentiasa bersih saya memilih Hand Dish Wash sebagai pilihan utama yang terbukti semulajadi.


Sicomel saya tiada masalah kulit tapi sebagai ibu kita peka pada persekitaran pembesaran anak-anak kita.Setiap kali nak keluar jalan-jalan atau bila tiba waktu malam herbal blend merupakan pilihan utama untuk mengelakkan si comel digigit sang belang AEDES.Anak-anak memang dah tahu cream wajib ni perlu dibawa kemana-mana sahaja termasuk la bila balik kampung.

Untuk diri sendiri pulak jika dulu kulit muka saya memang teruk dan saya jenis suka mencuba produk-produk di pasaran.Dulu saya tak tahu dan buta pasal paraben,steroid,merkuri dan tak pernah ambk tahu perihal kandungan kimia dalam produk yang dipakai.Tapi sekarang?? Tidak lagi.Nutriwhite adalah pilihan saya.

Mengapa saya pilih shaklee??

Sebab sekarang baru saya sedar shaklee adalah salah satu produk yang mesra alam dan landmark yang dibuat telah membuktikan syarikat ini adalah bukan calang-calang syarikat yang berani untul membuktikan yang produknya adalah semulajadi.

#tsunamishaklee
#liveamazing
#freechemicallife..

Vivix Membantu Penyakit Kronik

Bagaimana VIVIX berfungsi?

>Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

>Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

>Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

>Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

10 Kebaikan VIVIX

1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser daripada menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

VIVIX Sembuhkan Penyakit Serius

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius, antaranya:

• Diabetes / Kencing manis
• Strok
• Katarak dan masalah mata
• Tekanan Darah Tinggi
• Masalah saraf
• Kayap
• Batuk berpanjangan
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang (lutut dan pinggang)
• Resdung
• Bengkak jantung
• Letih (memberi tenaga)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut dan kusam)
• Rambut kembali hitam (uban)
• Rambut gugur
• Kolestrol tinggi
• Masalah selera makan
• Asma
• Sembelit di kalangan warga emas
• Angin dalam badan
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
• Perokok
• Masalah kelenjar tiroid
• Kanser dan tumor
• Cyst
• Penyakit SLE
• Kudis
• Gout
• Alzheimer atau nyanyuk
• Metabolisme badan rendah
• Masalah berat badan
• Awet muda
• Fibroid
• Alergik
• Tibi
• Wanita berpantang
• Breast lump
• Kerap ulser mulut
• Keputihan

Nak tahu lebih lanjut kebaikan Vivix boleh pm atau call yong 011-21307497

#pengedarshakleeukayperdana
#pengedarshakleebukitantarabangsa
#pengedarshakleekeramat
#pengedarshakleesetiawangsa
#pengedarshakleetamanpermata
#pengedarshakleemelawati

Percuma keahlian untuk pembelian 2botol Vivix.



Vivix Mengembalikan Keremajaan Kulit

Tersuka Tanpa Sengaja

Dah 4 tahun saya terjebak dengan Shaklee samada utk makan sendiri ataupun Bisnes.

Hanya mencuba set menyusu dengan niat nak menyusukan Qayyum sepenuhnya dengan susu ibu.

Berbeza kali ni setelah 4 tahun dalam hati dah lama nak try Vivix sebab Vivix ni mahal memang berkira-kira sangat untuk diri sendiri.Mungkin sebab xnampak lagi The Amazing Of Vivix sebab tak pernah nak cuba.

Masa melahirkan baby no 3 saya dah prepare awal sebulan sebelum due date standby Vivix siap-siap untuk diambil masa berpantang.

Alhamdulilah memang dah tersuka sangat-sangat.Dahulu masalah kulut yang kusam menjadi semakin berseri dan lembab.
Jauh berbeza dengan sebelum melahirkan.

Bila suami dan kawan-kawan mula perasan,hati pun berbunga riang.

Sapa tak nak cantik kan?Cantik semulajadi dari luar dan dalam.

#tsunamishaklee
#liveamazing


Jumaat, 4 November 2016

Suri Rumah Mampu Jana Pendapatan Sambil Jaga Anak

Alhamdulilah baru selesai shooting Finalist Supermom Shaklee Story.

Berkongsi kisah berpantang dengan Vivix Shaklee.
Nervous tak payah cakap lah.Mengigil satu badan.Walaupun itu kisah diri sendiri tapi still tergagap juga nak cerita al maklumlah depan kamera katakan.

Berkat usaha dan pencapaian terbaik September dengan rank Up sebagai Senior Supervisor pada September lepas hari ni dapat hadiah dari Super Upline Master Hadhatina.

Sebelum ni memang ada event yang dibuat bagi menyambut  mereka yang Rank Up tapi yong tak dapat join disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.

Tak sangka pulak hari ini dorang buat Celebration kecil dan bagi hadiah serta sijil.Happy sangat-sangat.Sapa nak bagi kan MK free.Betul dak?

Selama beberapa jam di ofis Supermom Shaklee Story ada beberapa benda yang yong nampak dan memang terbukti yang Shaklee ni bisnes family.Di dalam ofis disediakan satu ruang khas untuk anak2 bermain.Jika ada event kita bebas bawa anak-anak ke sana.Terbukti bisnes kita mesra family.

Setiap majlis yang dianjurkan oleh Shaklee juga memang disediakan ruangan Khas utk anak-anak.Jadi tak heranlah kalau mak-mak yang jual Shaklee ni selalu mengangkut anak-anak ke hulu hilir.

Shaklee pilihan tepat si ibu yang memilih WAHM Work At Home Mommy untuk terus  menjana pendapatan.

Sangat dialu-alukan bagi Suri rumah yang tak tahu macammana nak jana pendapatan.Insyallah saya akan guide.

#pengedarshakleeUkayPerdana
#pengedarshakleeBukitAntarabangsa
#pengedarshakleeTamanPermata
#pengedarshakleeMelawati
#pengedarshakleekeramat
#pengedarshakleeSetiawangsa

Nak tahu lebih details boleh pm atau wassap yong 011-21307497

Nantikan sharing video berpantang dengan Vivix!!

Lechitin Membantu Masalah Bengkak Susu

Bengkak susu memang menyakitkan.Kadang-kadang boleh menyebabkan demam.Dan mungkin juga boleh menyebabkan payudara si mama bengkak dan bernanah serta membawa kepada jangkitan kuman.
Bengkak susu jgn dibiarkan risau ianya membawa kepada masalah yang lebih serius.
Tahukan mama-mama semua Lechitin Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah bengkak susu mama.
Nak Tahu Bagaimana Caranya?
Jom baca kebaikan Lechitin Shaklee
-Membantu mengurangkan risiko CLUT DUCT atau DUKTUS susu tersumbat
-Membakar lemak yang berlebihan di dalam badan dan menghancurkan lemak
-Membantu masalah pelupa "Short Memory" yang biasa dilalui para mama selepas proses melahirkan si comel
-Membantu menyalurkan Inositol dan Kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak si comel.
Adakah Lechitin selamat untuk mereka yang menyusukan?
Jawapannya "YES"
Apa itu Lechitin?
-Nature's Emulsifier (Pengemulasi Semulajadi)
**Membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vit A/D/E/K & Beta Caretone
-Boleh didapati dari tisu binatabg dan tumbuhan (semulajadi)
-Untuk commercial didapati dari telur,jagung dan kacang soya
-Fat Emulsifier (Metabolisma Lemak)
Para mama yang mana ada masalah berat badan dan nak mengelakkan dari bengkak susu,Lechitin merupakan supplement terbaik untuk anda.
Nak tahu lebih lanjut boleh pm atau wassp yong 011-21307497
#lechitinpromobuy3free1
#Alfalfapromobuy3free1
#vitaleakidspromobuy3free1
#nutiferonpromobuy6free1
#pengedarshakleebukitantarabangsa
#pengedarshakleeukayperdana
#pengedarshakleemelawati
#pengedarshakleesetiawangsa
#pengedarshakleekeramat
#pengedarshakleetamanpermata

Kentut Vagina

Assalamualaikum..w.b.t
Korang pernah dengar tak masalah "Kentut Faraj" atau "Kentut Vagina".Ramai kaum Hawa tak sedar akan masalah ini.Kentut Vagina ni adalah kuar angin dari bahagian kemaluan kita.
Mungkin puan-puan pernah mengalami masalah ini kan?Tapi buat endah tak endah je.Kentut vagina ni boleh berlaku tak kira dalam apa jua keadaan samada masa berjalan mahupun masa solat.
Kita ambil remeh pasal masalah ni sebab Cik Abang tak pernah complaint.Betul tak?Tapi jangan kita menyesal bila si suami cari lain.
Kentut Vagina biasa berlaku pada mereka yang dah berkahwin dan melahirkan.Yelah bila dah kawin dan bersalin otot-otot kita semua longgar.Bayangkan berapa ratus degree otot faraj kita mengembang bila nak melahirkan sicomel.Sedang elok nak mengecut dah mengandung balik.Betul tak?
Aset kita mahkota kita.So kena la jaga betul-betul.
Sempena promo alfalfa buy 3 free 1 elok sangatlah kita rewardkan diri kita.
Saya suggestkan 3 gabungan mantap yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalaman anda.
Pm atau wassap yong 011-21307497
#MissVmahkotawanita
#pengedarshakleeukayperdana
#pengedarshakleebukitantarabangsa
#pengedarshakleeKeramat
#pengedarshakleesetiawangsa
#pengedarshakleetamanpermata
#pengedarshakleemelawati

Collagen Powder

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat Kod Produk:11000 (15 sachets) Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kol...