Rabu, 31 Mei 2017

Collagen Powder

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat

Kod Produk:11000 (15 sachets)

Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda berada di sekitar Ukay Perdana /Bukit Antarabangsa/Ampang/Keramat atau kawasan sekitarnya,boleh la dapatkannya melauli COD kerana Yong adalah Pengedar Shaklee sekitar Ukay Perdana.Sebarang pertanyaan tempahan atau temujanji boleh


Call/ Whatsapp : 011-21307497
Email : yonghafieza86@gmail.com.my

IG : shaklee_ukayperdana
FB : Yong Hafieza


Carotomax

CarotoMax®



CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja 
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk: 

• Memelihara kesihatan yang baik. 

• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu. 


• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir. 




Sekiranya anda berada di sekitar Ukay Perdan /Bukit Antarabangsa/Ampang/Keramat atau kawasan sekitarnya,boleh la dapatkannya melauli COD kerana Yong adalah Pengedar Shaklee sekitar Ukay Perdana.Sebarang pertanyaan tempahan atau temujanji boleh


Call/ Whatsapp : 011-21307497
Email : yonghafieza86@gmail.com.my

FB : Yong Hafieza



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Selasa, 30 Mei 2017

Sustained Release Vita-C™ Plus







Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Vitamin C membantu meningkatkan daya tahan atau daya imunisasi badan.

Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen dalam badan.


Sekiranya anda berada di sekitar Ukay Perdan /Bukit Antarabangsa/Ampang/Keramat atau kawasan sekitarnya,boleh la dapatkannya melauli COD kerana Yong adalah Pengedar Shaklee sekitar Ukay Perdana.Sebarang pertanyaan tempahan atau temujanji boleh


Call/ Whatsapp : 011-21307497
Email : yonghafieza86@gmail.com.my

FB : Yong Hafieza

Rabu, 17 Mei 2017

Pengambilan Nebulizer Ketika Hamil,Selamatkah Pada Kandungan Anda?

Pengambilan Nebulizer Ketika Mengandung 





Asma semasa mengandung adalah penyakit kronik yang kerap  menyerang, terutamanya bila kandungan makin membesar.

Wanita hamil yang mengalami masalah asthma menyebabkan kekurangan oksigen dan boleh mengakigatkan kelahiran bayi pra-matang  atau cacat kerana ibu gagal menghasilkan oksigen yang mencukupi.Ianya juga boleh mengakibatkan kematian.


Asthma biasanya akan lebih kerap menyerang,sekiranya kandungan sudah menjangkau 24 hingga 36 minggu.



Doktor biasanya menggunakan  Subtamol untuk melegakan serangan asthma dari terus menyerang (sama ada dalam bentuk tablet, suntikan atau inhaller) .Ianya mengambil masa yang agak cepat bertindak tetapi dalam masa yang agak singkat.Berbeza pulak dengan pengambilan Prednisolone yang bertindak agak perlahan tetapi bertahan dalam masa yang lama.


Pengambilan Prednisolone semasa hamil mempunyai risiko tersendiri.Nasihat doktor amatlah diperlukan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.Ianya boleh memberikan kesan kecacatan pada bayi anda sekiranya ianya diambil berterusan dari awal kehamilan.

Pengambilan Steroid semasa hamil melalui Nebulizer dan inhaller adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan pengambilan steroid dalam bentuk tablet.






Oral Cleft dan Cleft Pallate ( kecacatan Yang disebabkan Oleh Pengambilan Prednisone di awal kehamilan)




Pengambilan inhaller atau nebulizer Ventoline atau steroid adalah selamat untuk ibu hamil.Seandainya serangan asma mulai menyerang, ibu perlu mengambil tindakan bijak untuk mengurangkankannya.

Pengalaman diri sendiri sebagai penghidap Asthma membuatkan Yong lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan,bagi mengelakkan Asthma dari terus menyerang.

Yong kini merupakan Mama kepada 3 orang Cahaya mata dan kesemua anak Yong mempunyai masalah asthma sejak dari bayi lagi.Alhamdulilah sekarang anak pertama dan kedua bebas asthma.Sedari umur 1 tahun anak-anak dah diberi Supplement Omega Guard.Ianya amat membantu untuk masalah asthma anak-anak.


Supplement yang Yong sentiasa amalkan untuk masalah Asthma ni adalah Nutriferon dan Omega Guard.Ianya membantu meningkatkan daya tahan badan serta membantu mencairkan kahak.Biasanya Yong kerap diserang Asthma bila kena hujan atau pun selsema.Confirm asthma akan menyusur.Alhamdulilah sekarang ni kekerapan untuk pengambilan Nebulizer dapat dikurangkan berbanding sebelum ini.


Tiada teks alt AUTOMATIK disediakan.






Nak cerita sedikit kisah Baby Qaisarah,yang baru sahaja discharge Wad minggu lepas.Entri blog ni Yong tulis 1 jam sebelum Baby Qaisarah admit wad.Baby diserang sesak nafas pada jam 1.30 pagi,sedang elok entri ni di taip.So hari ni Yong sambung sedikit cerita Baby Qaisarah.

Rata-rata yang admit Wad kanak-kanak adalah penghidap asthma dan batuk berkahak.Majoriti darinya mempunyai masalah Eczema.Doktor yang merawat,termasuklah Doktor pakar minta saya buka baju Baby dan satu persatu badan Baby di check.Doktor cakap,Qaisarah is the first case ada asthma tapi bebas Eczema.

Dengan izin dan kuasa  Allah dan usaha dengan pengambilan Supplement semasa hamil dan sekarang yang mungkin menyebabkan daya tahan Baby kuat dan bebas Eczema.Ada kemungkinan juga disebabkan oleh penyusuan susu badan yang berterusan dan segala supplement yang diamakan oleh mama juga diserap oleh Baby.






Bagi ibu-ibu yang ada masalah yang sama seperti Yong,atau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Yong 011-21307497,pengedar Shaklee Ukay Perdana.





Rabu, 10 Mei 2017

Senarai Keperluan Ibu & Bayi Sebelum Dan Selepas Melahirkan Semasa Dalam Wad







Menunggu kelahiran orang baru merupakan salah satu detik yang mendebarkan bagi semua bakal ibu dan ayah.Setiap kelahiran mempunyai pengalaman yang berbeza.Kisah anak pertama,ke dua dan ketiga Yong juga mempunyai pengalaman dan yang berbeza sepanjang tempoh contraction sehinggalah tempoh berpantang.

Di sini Yong nak kongsikan beberapa barang keperluan yang WAJIB kita sediakan untuk tempoh bersalin sepanjang berada di hospital dan labour room.


Pic ni dia ambil semasa nak melahirkan Qayyum Afnan


Keperluan Ibu Di Wad

  1. Buku pink-Buku Pranatal 
  2. Tuala – sehelai
  3. Kain batik – 2-3 helai
  4. Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – suggestion "Madame Maternity By PUREEN")
  5. Toiletries –  berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
  6. Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu)
  7. Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
  8. Tudung – 1-2 helai (Tudung sarung)
  9. Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju hospital sampai ke paras siku jer)
  10. Kurma ,Kismis,Biskut,Milo-Penting untuk tenaga semasa dalam proses nak melahirkan (MILO mix dengan ESP Shaklee)
  11. Air zam-zam @ air bacaan Yasin 
  12. Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
  13. Stokin tebal – 1-2 pasang
  14. Minyak panas untuk disapu pada bahagian kaki dan betis  SELEP
  15.  Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
  16. Pastikan ibu juga membawa atau memakai selipar yang sesuai (selesa /ringan dan tidak licin)
  17. Set Berpantang Shaklee WAJIB standby,selepas melahirkan badan kita lemah dan kehilangan tenaga,Shake ESP dan mix dengan milo memang best.Osteometrik juga diambil untuk hilangkan segala sakit-sakit badan masa dalam proses meneran.Omega juga membantu mengecutkan rahim.
  18. Yang paling BEST,cepat-cepat togok VIVIX Shaklee untuk mempercepatkan luka PRENIUM cepat baik serta membantu anak dari masalah prolong jaundis.(Set hamil Shaklee boleh terus diambil dai hari PERTAMA melahirkan).
(Tak perlu angkut semua botol Vitamin cukuplah sekadar stok untuk 2 hari selama berada di hospital,VIVIX boleh la bawa dengan botol)




Supplement untuk set hamil dan berpantang SHAKLEE yang boleh diambil dalam tempoh berpantang.


VIVIX membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin 



  1. Keperluan Bayi Di Wad
  1. Baju lengan panjang – 1 helai
  2. Baju lengan pendek – 3 helai
  3. Tuala – 1 helai
  4. Lampin – 5 helai
  5. Diaper/Nappy – 10 keping (Suggestion PET PET /DRYPERS)
  6. Kain bedung – 1-2 helai
  7. Mitten & booties – 3 pasang
  8. Barut -1 hingga 3 helai
  9. Topi bayi – 1 helai
  10. Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek
  11. Minyak Telon 

Keperluan Ibu Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

  1. Hanya bawa diri dan kandungan sahaja.Nanti ibu perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian hospital. Pastikan tanggal semua perkakas emas atau perhiasan badan.

Keperluan Bayi Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

  1. Baju lengan panjang – 1 helai (labour room sejuk tau)
  2. Kain bedung – 1 helai
  3. Diaper/Nappy – 1 keping
  4. Mitten & Booties – 1 pasang
  5. Baru-1 helai
  6. Topi bayi – 1 pasang
(Keperluan bayi seelok-eloknya asingkan dalam 1 plastik dan ikatkan siap-siap  agar tak terpisah nanti senang suami cari)


Bakal-bakal ibu yang akan menimang cahaya mata diharapkan agar Checklist ini berguna untuk rujukan.Bagi yang masih mencari SET BERPANTANG,boleh la hubungi Kak Yong 011-21307497,pengedar Shaklee Ukay Perdana.




YONG HAFIEZA
SID 961852
011-21307497


Kencing Manis Semasa Hamil Dan Risiko Pada Ibu Serta Kandungan






MGTT



Apa itu MGTT?

Istilah paling mudah adalah "minum air gula".Saya pasti ramai yang amat memahami istilah bahasa pasar itu namun tidak memahami MGGT ( MODIFIED GLUCOSE TOLERANCE TEST) yang di uji kepada ibu mengandung untuk mengesan samada mengalami diabetes semasa mengandung atau bahasa saintifiknya GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM).


MGTT biasanya dilakukan bagi semua bakal ibu yang berumur 25 tahun ke atas.Kalau dulu ianya bergantung pada latar belakang keluarga (Mak atau ayah kepada bakal ibu),tapi sekarang ianya adalah WAJIB untuk semua.



Ianya dilakukan pada awal kehamilan(3-5 bulan) dan semester ke 2 kemahilan (7-8 bulan).


Kebanyakan ibu hamil kebiasaaanya mengalami Morning Sickness di awal kehamilan kebiasaanya sehingga 15 minggu namun kebiasaanya selepas alahan itu berakhir selera makan bertambah dan hasilnya amat berisiko untuk di sahkan mengalami GDM...kebanyakan Pegawai Zat Makanan akan mencadangkan diet yang ketat dan menghadkan pengambilan karbohidrat dalam jumlah minima namun ini mendatangkan masaalah bagi ibu ibu hamil yang mengalami masaalah gastrik.

Bagaimana untuk berdiet sedangkan perut asyik lapar dan pedih.sememangnya mendatangkan di lema sedang kehamilan perlu di jaga dan perlu nutrisi sebaiknya.dari satu segi harus menjaga kesihatan ibu dan juga perkembangan kandungan.









Siapakah Yang Paling Berisiko Menghidap diabetes

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berisiko untuk menghidap diabetes ketika hamil. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ibu-ibu hamil menghidap diabetes ketika hamil adalah seperti :


  • Obes / Kegemukan (BMI lebih dari 30)
  • Pernah melahirkan bayi besar dan dengan berat 4 kg atau lebih
  • Pernah meghidap diabetes dalam kehamilan sebelum ini
  • Sejarah keluarga yang sedang menghidap diabetes



Kesan Kepada Ibu

  • Kompilasi retinapati dan buah pinggang
  • Preeclampsia (hypertension)
  • Polihydramnios (air ketuban berlebihan)
  • Keguguran
  • Jangkitan kuman di bahagian vagina
  • Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)

Kesan Kepada Bayi

  • Bayi melebihi 4 kg
  • Mati dalam kandungan (lemas semasa hamil)
  • Kurang glukos dalam darah
  • Kecederaan pada saraf

Perkara Yang Boleh Dilakukan Sekiranya Menghadapi Kencing Manis (diabetes)

  • Pemantauan rapi dari Klinik Kesihatan
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Mematuhi segala temujanji dan rawatan yang ditetapkan
  • Pemeriksaan paras glukos berepringkat di rumah




5 Tanda Awal Simptom Diabetes Untuk Ibu Mengandung



  • Kerap dahaga – Jika anda ada diabetes, gula (glukosa) akan terkumpul dalam darah. Buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menapis dan menyerap gula berlebihan. Jika buah pinggan tidak mampu untuk menapis, gula yang berlebihan akan di keluarkan melalui air kencing bersama dengan cecair yang di tarik daripada tisu badan. Itu menyebabkan badan terhidrasi dan kerap dahaga
  • Kerap kencing – Pesakit diabetes akan kerap kencing apabila terlalu kerap minum air tetapi air tidak dapat di serap masuk dalam darah. Terpaksa di keluarkan sebagai air kencing

  • Badan lemah dan lesu – Badan menjadi lemah sebab gula tidak dapat di tukarkan kepada tenaga. Ia berkait dengan no 1
  • Masalah pada penglihatan – Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan tisu di tarik dari badan termasuk tisu di bahagian kanta mata. Oleh itu ia mengganggu penglihatan dan membuat kan pesakit terpaksa kecilkan mata untuk fokus penglihatan

  • Gusi merah dan bengkak – Bila ada diabetes, sistem imun akan menjadi lemah. Ibu hamil dan ada diabetes sistem imun yang berkurang menyebabkan sukar untuk melawan jangkitan kuman. Paling mudah kalau ada sakit gusi atau gigi cepat la berjumpa doktor.

Bagi bakal-bakal ibu yang mmepunyai masalah Diabetis semasa dalam tempoh hamil,Kak Yong cadangkan Set Hamil lengkap Shaklee merupakan pilihan terbaik.Ianya dapat membantu masalah bakal ibu serta memastikan bayi tidak berisiko Obestiti.

*******************************************************************************************************


Jemput Baca Kisah Sideline Kak Yong yang mempunyai masalah Diabetis dan HB Low ketika hamil.Moga ianya bermanfaat untuk kita.



[ SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU KAWAL DIABETES DAN HB LOW SEMASA HAMIL ]
.
Bismillah...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!
.
Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, yani fikir yani seorang yang senang hamil (tapi tak boleh lawan dengan kuasaNYa)Jadi yani plan untuk hamil lagi bila Adi umur 2tahun lebih jadi bezanya dalam 3tahun la kan.Kuasa manusia mana boleh mengatasi kuasa Pencipta kan.Kita yang merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Yani berusaha dalam tempoh hamper 2tahun untuk hamil namun belum berhasil.
.
Masa dah suntuk sebab yani tak nak anak yani beza jauh sangat. Yani tidak mempunyai masalah kitaran haid.Alhamdulillah semua ok tapi rezeki belum berpihak kepada yani dan suami. Bulan Dec 2012 yani beli Set Kesuburan untuk yani dan suami.Yani tak beli yang budget tapi beli full set sebab yani nak pastikan untuk mnegatasi masalah yang yani hadapi sekarang ni rasa lebih berpuas hati dengan terus ambil full set.Kalau set tu ada 5jenis, 5 jenis la yani beli.
.
Apa yang yani beli untuk yani, B Complex, Vit C, VitaLea, Alfalfa dan GLA.Untuk suami yani beli zinc, Vit E. Yani berkongsi makan B complex, vitalea, alfalfa dan vit c dengan suami sebab setiap botol vitamin ini ada banyak biji. Yani dah tak kisah keluarkan belanja besar. Doa, solat hajat selalu yani buat sebab nak sangat anak.Teringin nak anak kecil sebab Adi dah pun 4tahun(2013).
.
Yani start makan GLA bulan Jan 2013 sebab kena makan masa hari pertama period sehingga hari ke 14.Vitamin lain dah makan masa beli bulan Dec 2012 lagi.Yani paksa suami makan semua vitamin sebab kita tak tahu apa masalahnya.
.
Bulan Jan 2013 yani masih datang bulan.Erm....sedikit kecewa tapi yani sabar dan terus berusaha. Alhamdulillah, Feb 2013 datang bulan terakhir yani.Syukur sangat-sangat tapi masa mula-mula test urin kat rumah, suami taknak terlebih gembira sebab lama tunggu kan.
.
Tapi kegembiraan dapat hamil kali ini dicampur sedikit kedugaan sebab selepas yani buat buku merah diklinik ibu & anak, buat ujian darah, yani disahkan mengidapi diabetes semasa hamil dengan bacaan gula dalam darah 9.5. Memang tinggi la kan dan HB pula low. Walaupun dalam keluarga tiada keturunan penyakit diabetes tapi cara pemakanan sebelum hamil banyak menyumbang dan salah satunya minum nescafe sebab kafein boleh menghalang insulin masuk ke dalam darah. Yani memang suka sangat minum nescafe. Setiap pagi memang wajib minum nescafe. Tapi selepas tahu yani perlu elak minuman kafein, memang terus berhenti. Tak minum langsung dah minuman kafein.
.
Di klinik kerajaan apabila kita mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, memang terpaksa la datang ke klinik setiap 2 minggu sekali. Kena uji darah sebab hb low tu, kena cek darah dalam gula setiap kali sebelum rawatan, terpaksa jumpa doktor pakar pemakanan la. Sangat menyeksakan tapi terpaksa demi kesihatan ibu & bayi yang dikandung.
.
Disebabkan hb yani low sampai paling rendah 8.9, ujian darah terpaksa dihantar ke HKL dan disahkan pula yani mengalami Talasemia Treat. Doktor bekalkan yani Iberet untuk naikkan hb darah yani tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi dengan inisiatif supplement Shaklee yang yani dah makan ni, yani telan 2biji Vitalea bersama-sama B complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, hb yani semakin naik dan rawatan seminggu sebelum bersalin hb yani dah naik ke 10.9. Syukur sangat-sangat dan gula darah darah yani juga sangat terkawal.
.
Tetapi walaupun gula dalam darah sudah terkawal, doktor memang tak bagi yani bersalin lebih dari tarikh jangka. Terpaksa la ‘induce’ pada pagi 14 November 2013 seawal pukul 7pagi. Doktor sudah memberi penerangan awal sekiranya ubat induce pertama tidak memberi kesan, terpaksa induce untuk ubat kedua. Alhamdulillah, yani induce sekali sahaja tapi azab sakitnya induce memang tak terkata. Sakit induce bermula pukul 12tengahari semasa pelawat dibenarkan masuk dan suami yani banyak membantu mengurangkan kesakitan tersebut.
.
Selepas mendapat arahan yani akan ditolak ke labor room dalam pukul 3 lebih, yani minta tolong suami bancuhkan ESP dan yani telan bersama-sama B Complex dan Sustained release Vitamin C. Pukul 3.20 petang dipecahkan ketuban dan 3.40 petang yani selamat bersalin. Semua proses berjalan lancar. Kelahiran kedua ini walaupun mempunyai pelbagai masalah kesihatan, terpaksa induce tapi Alhamdulillah sangat-sangat kerana selepas je bersalin dan masih dalam labor room, badan yani rasa sangat bertenaga, macam tenaga telah recharge.
.
Masalah pening juga tiada jika disbanding semasa proses bersalin anak pertama dahulu. Yani tak boleh bangun sebab kepala pening sehingga nak pakai baju sendiri pun tak boleh tapi kali ini memang sangat berbeza. Sebelum di hantar ke wad biasa, yani sempat makan nasi yang dihidangkan oleh nurse di Hospital Ampang lagi.
.
Pengalaman dua kali hamil memang sangat berbeza dan yani memang bersyukur ditemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak membantu dari segi kesihatan yani sekeluarga.


Seandainya ada yang nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Kak Yong 011-21307497,pengedar Shaklee Ukay Perdana.



Selasa, 9 Mei 2017

Anxiety Disorder Dapat Dirawat Dengan Vitamin Shaklee




Image result for anxiety disorder

Anxiety Disorder



Pernah dengar pasal penyakit ni?Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah ni tapi anda anda sedar ataupun tidak.Hari ni Kak Yong nak share kisah salah seorang sahabat Kak Yong yang mempunyai masalah ini.





Jemput baca kisah beliau.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE? GERD & ANXIETY.

As salam dan selamat pagi semua. Semalam dah intro pasal mengapa kesan vitamin antara lelaki dan wanita berbeza. Nak tunai kan janji semalam kenapa saya pilih Shaklee? Cerita agak panjang dan kalau ada cekodok ke cucur ke boleh standby. Sambil baca sambil makan 😂😂😂

Saya dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20 an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu saya ambil spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali saya detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye...Masa tu tak kenal Shaklee so saya detox guna brand Y. Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana2 memang org akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak.

Maaflah bukan nak riak atau apa tapi nak bagitau kalau kita istiqamah buat sesuatu...end result die memang akan nampak. Istiqamah ye bukan makan hari ni esok dah nampak result. Saya kena amalkan makan supplement ni 18 tahun nak dapat result sekarang ni. 

Ok..yg ni mukadimah je...tak masuk lagi isi cerita 😀😀😀

Di awal 20 an saya dah dapat kerja yg baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun saya dapat kenaikan pangkat sehingga tahun 2008 saya mula dapat portfolio utk jaga 37 ofis di 12 negara. Saya handle Sales & Marketing Communications. Semua press release, launching new products and set new office saya kena handle tak kira kat mana pun benua nya. Bebanan kerja semakin berat. Yes...saya masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama saya dah create new bad habits dalam kamus hidup saya. Saya menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa saya banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...saya always skip my meals. Hidup saya hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian saya. Dlm 1 hari saya boleh minum 12 gelas nescafe to keep me awake sebab masa kerja saya tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Saya kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab saya terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama saya rosakkan sistem kekebalan tubuh badan saya secara perlahan2. 

Further...saya takde masa langsung utk spend masa with my family kat umah sampai 1 masa my eldest daughter tanya kat ofis tu Abi sorang je ke yg kerja? Takde staff lain ke? It knocks my head straight to my brain. Lepas berpikir panjang, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampung halaman. Niat saya 1 je..nak cari kerja yg boleh bagi saya masa spend time utk family dan jaga mak bapak saya. FYI, saya kluar rumah mula umur 12 tahun sampai lah saya buat keputusan balik ke rumah. Jgn pikiaq bukan2 ye...bukan lari dari rumah tapi parents hantar pergi boarding school. Habis belajar kerja pun tempat lain.

Alhamdulillah saya dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali mcm tu. Kesihatan saya masa ni tengah merosot...supplemen saya makan on and off makan tak konsisten mcm dulu. Sehingga lah saya jatuh sakit pada Dec 2014. 

1st time kena attack tu jantung saya sakit bebenar...nafas tersekat...berpeluh...tangan kaki sejuk...muka pucat...masa tu ingat masa dah tiba...rasa menyesal tak spend banyak masa bersama 2 puteri saya dan org tua...menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg saya buat utk diri saya dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip...baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal. 

Sejak kejadian tu hidup saya berubah 360 darjah. Hampir setiap hari saya di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua saya. Nak bawa kreta pun saya tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang saya kena serang. Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang2 tolak saya refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu. 

Saya ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap saya kena santau atau gangguan jin. 

Then...saya pun pergi rawatan alternatif...bab mandi dan minum air tu jgn sebut...naik kembung perut minum air....jgn pikir saya tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian...(bunyi OST X-files 😂😂😂). Tapi takde perubahan. 

Saya tahu memang ada penyakit GERD coz cara hidup saya di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM...ini yg saya ingin cari jawabannya...kenapa???

Saya masih kerja tapi ambil cuti tapi since saya punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah...saya mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah...saya spend berjam2 setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit saya. 

Kerana terlalu letih dgn pencarian yg sia2...saya sedar tiba2 bila puteri sulong cakap kenapa tak minta petunjuk dari Allah....tersentak sekali lagi...kenapa asyik dia yg sedarkan saya...tapi saya bersyukur Allah beri saya petunjuk melalui puteri sulong saya. Saya mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat saya utk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf...kadang2 solat tu hanya utk cukupkan fardu kita sebagai Islam...tapi rukunnya...tertibnya...bacaannya...semua kena perbaiki...itulah yg saya tengah usahakan. 

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...sekali lagi saya diberi petunjuk tentang sakit saya...masa google2 info awal januari 2016 (masa ni saya dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg)...saya ditemukan 1 blog member shaklee pasal Anxiety disorder...punyalah syok saya baca mengalah kan ambik exam kat U dulu...semua tanda2 anxiety tu ada pada saya. Setelah baca blog tu saya buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional spt Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik vit B compleks, minyak ikan omega 3, magnesium...

Selepas saya buat percaturan sendiri...saya ambil keputusan ambil supplemen ni utk dicuba tapi which brand? 

Dalam masa setahun saya sakit memang saya dah cuba apa aja produk yg disyorkan termasuk cap ayam...kilang belakang rumah atau yg branded...you name it...memang saya dah cuba...setahun sakit tu saya dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif. 

Lepas saya buat keputusan nak cuba produk Shaklee...saya google blog cari distributor Shaklee yg ada di kawasan saya dan dengan izin Nya saya jumpalah distributor ni (Nak mention nama juge ye 😂😂😂). 

Saya amik set gastrik dan set anxiety. Lepas 3 bulan pertama amalkan kedua2 set ni, saya dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya bertambah baik. Saya teruskan pengambilan produk Shaklee sampai la ni...

Anxiety disorder saya tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang2nya saya bersyukur saya dah boleh nikmati balik kehidupan saya yang lalu dan sujud syukur Allah beri saya peluang untuk jaga kedua puteri saya dan ibubapa saya.

Tanggungjawab menjadi ibu, bapa dan pencari rezeki untuk membesarkan kedua puteri saya memang 1 tanggungjawab yg berat especially bab2 wanita ni.Kadang2 kena tanya org lain mcm mane nak explain bab2 sensitif wanita 😂😂😂

Kan saya dah cakap entry ni panjang lebar...tu lah suruh standby cucur tadi... 😆😆😆

Moral of the story ni

1. Nak dapatkan sesuatu tu kita kena buat istiqmah...nak sel2 dalam badan kita sihat dan awet muda...amalkan makan supplemen hari2.  Ada yg cakap ala...org dulu2 takde makan supplemen pun jarang je sakit...boleh juga awet muda. 

Jgnlah nak samakan dulu dan sekarang. Dulu makanan takde banyak pengawet malah udaranya airnya tanahnya tak tercemar macam sekarang. Kalau masak sayur rebus buat ulam...awak boleh konfirm ke sayur tu takde racun serangga?

2. Jangan abaikan kesihatan dan keluarga bila kita sibuk mengejar cita2 atau kerjaya. Dalam kesibukan kita mengejar duniawi kadang2 kita khilaf menzalimi diri sendiri dan org lain tanpa kita sedar. Kena saya cakap zalim? Ye lah dah dok sibuk memanjang buat kerja sampai perut lapar pun tak di isi. Bila badan kurang nutrien kan dah merosakan badan. Badan kita ni cuma pinjaman utk roh kita menambah amalan sebelum di panggil kembali.

.3. Kalau ada kawan2 yg ada simptom mcm saya...buatlah rawatan hospital...kalau hospital cakap takde ape2...boleh cuba set Shaklee...jgn takut mencuba sebab produk Shaklee ni organik, selamat, dan diuji secara klinikal. Bukan diuji in vitro je tau.

3. Paling penting sentiasa minta petunjuk dari Allah. Saya buat keputusan untuk berhenti kerja walaupun ekonomi sekarang ni agak teruk sebab saya percaya rezeki tu milik Allah. Bukan milik manusia. Saya dah decide nak buat Shaklee fulltime. Dalam masa yg sama saya boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu, ayah dan pencari rezeki untuk menggantikan masa lalu saya yg banyak terluang untuk kerjaya dari keluarga.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Wassalam.


Sekian,kisah perkongsian seorang sahabat.Insan yang hebat dugaannya juga hebat.Di harapkan ianya dapat menjadi panduan bagi kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama dapat dikenal pasti dan dirawat secepat mungkin.


Seandainya anda mempunyai salah satu ciri seperti yang dinyatakan,Insyallah Kak Yong dapat membantu,untuk ikhtiar.Hubungi Kak Yong,Pengedar Shaklee Ukay Perdana 011-21307497.



Collagen Powder

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat Kod Produk:11000 (15 sachets) Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kol...