FB :Yong Hafieza HP : 018-2589684 Pengedar Shaklee Ukay Perdana (961852) Cod : Ukay Perdana Bukit Antarabangsa Keramat Setiawangsa Taman Permata Melawati
Ahad, 4 Disember 2016
MAHA 2016 Sungguh Mengecewakan
Assalamualaikum w.b.t.
Alahmdulilah masih dipanjangkan usia untuk menaip luahan kisah semalam bersama anak-anak ke MAHA di MAEPS Serdang.
Ingatkan saya je yang mengeluh rupanya ramai lagi netizen yang memberi respond yang sama tentang MAHA 2016 yang mereka hadiri semalam.
Kami pergi agak lewat semalam selepas menziarahi saudara yang kemalangan.Gerak dari Puchong pukul 6 so sempat maghrib di MAEPS.
Apa yang mengecewakan saya bila masuk jer kawasan sekitar pemeran 2km dari kawasan pameran dan nampak kain rentang MAHA 2016.Beberapa deretan kereta parking kat luar.Suami fikir mungkin dekat area situ je kot pameran tu,so ada yang parking dekat luar mungkin tak nak stuck kat kawasan parking.1st masuk saya dah nampak terpampang papan tanda "PARKING RM25 PER ENTRY",means dari pagi sampai ke petang.Dalam hati fikir ok lah sebab maybe good servis yang diberikan,ada Private Company yang jaga.
Bila sampai dekat simpang 3 ,ada 2 pasukan RELA berbangsa india,kami tanya macamana nak parking,dia tunjukan suruh masuk ke kanan.Kami masuk ke kanan punya la lama menunggu parking,sebab kalau dah terlepas memang nak kena round lagi satu kali dah la jalan jem masa tu.Lebih kurang setengah jam dalam kereta datang sorang pengunjung ketuk cermin kereta dan bagitahu yang dia nak keluar, dan minta suami tolong guide sebab parking agak rapat dan risau takut tersondol kereta orang.
Settle parking,masing-masing sempat lagi nak ambik pic dengan Upin dan Upin (Gambar Maskot Kt depan pintu masuk).Masuk je kt dalam tunaikan solat maghrib dan anak-anak ngajak nak cari buah.Macam jauh je nak berjalan dari food court nak ke pameran buah-buahan.Kebetulan ada beberapa orang yang nampak pakai TAG ORGANIZER,bila tanya macamner nak ker pameran,dia jawab acah tak acah,jalan kaki jelah.Kami fikir nak naik kereta golf je,bayar pun bayar la tapi tak sorang pun endahkan.Last-last jalan kaki kmai sekeluarga.Saya dukung si baby sebab tak bawa stroller angah baba dukung dan kakak jalan.Kesian memasing lenguh sebab permukaan jalan pun berbukit memang kena mendaki.Lagi kesian bila ada beberapa orang yang pakai wheelchair di tolak anak-anak masing-masing.
Jenuh mencari petunjuk arah untuk next destinasi,memang tak ada,Kami main redah je.Kami tanya penjual-penjual kat situ,ada juga la mereka bagitahu,macamner nak ke destinasi yang kami nak pergi.Redah sebab anak-anak nak juga jumpa Upin dan ipin.Mujur la sempat ke Pameran perikanan,so tak delah buat mereka nangis sebab gagal jumpa Upin,tengok ikan pun jadilah.Kecewa sebab tak habis khatam semua pameran yang ada.Angah duk sebut nak pergi dekat MAK CUN.Baba cakap nextime.Kalau rajin next week pergi,kalau tak ubah schedule.
Pukul 9 lebih kami balik.Masa keluar ke parking nampak masih ramai yang turun dari bus "Shuttle" drop depan Dewan.Kami berjalan ke kereta dan balik.Apa yang mngecewakan kami,bila time nak keluar,nampak semua kereta slow jer gerak.Isshhh..dah kenapa pulak,kutip duit parking ker??.Tak kan kena RM25 kot.Husband cakap kalau RM25 memang nak sound jer,sebab kami parking tersusun dan tak ada orang jaga parking pun.Rupanya kena RM5 jer.Memang murah tapi still tak pua hati,sebab ada resit parking cop MAHA.Sampai ke sudah membebel sebab servis yang teruk kali ni.Patut la ramai yang sanggup jalan kaki hinnga 1-2 KM gara-gara parking.
Bagi yang nak pergi MAHA,better korang prepare la siap-siap.Kalau anak kecil,bawa stroller tau.Kalau nak bawa mak-mak atau ayah yang uzur,kena ada wheelcahir sebab Shuttle yang disediakan pun macam sardin dah.
Bagi yang ada pengalaman macam saya apa komen korang tentang MAHA 2016.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Collagen Powder
Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat Kod Produk:11000 (15 sachets) Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kol...

-
Pengambilan Nebulizer Ketika Mengandung Asma semasa mengandung adalah penyakit kronik yang kerap menyerang, terutamanya bila ...
-
Istilah dalam Buku Merah Assalamualaikum wbt.. Kali ini CM ambil semula post post lama dari blog blog lama. Huhu ~~~ Bila sebut tentang bu...
-
Ini photo terbaru saya dan si sado. Alhamdulilah buat masa sekarang setelah join bisness Shaklee kehidupan saya berubah sikit demi ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan